Saturday 26 November 2016

Selawat.

JOM MULA

ALLAHUMMA SALLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA 'ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLIM

اللهُمَّ صلِّ على سيِّدِنا محمد وعلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

ALLAHUMMA SALLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA 'ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLIM

ALLAHUMMA SALLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA 'ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLIM

ALLAHUMMA SALLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA 'ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLIM

ALLAHUMMA SALLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA 'ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLIM

ALLAHUMMA SALLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA 'ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLIM

ALLAHUMMA SALLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA 'ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLIM

ALLAHUMMA SALLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA 'ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLIM

ALLAHUMMA SALLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA 'ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLIM

ALLAHUMMA SALLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA 'ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLIM

Rezeki.


Guru.

CARILAH PEMBIMBING ROHANIMU

Pesan Syeikh Abdul Qadir Al Jailani

" Jika ingin mencari guru yang mursyid yang dapat membimbing perjalanan kerohanian dan memasuki maqam tauhid :

Bangunlah pada sepertiga malam, lakukan solat dua rakaat dan berdoalah seperti berikut :

" Ya Tuhanku..! Tunjukkanlah kepadaku hamba-hambaMu yang soleh. Tunjukkanlah kepadaku orang-orang yang mampu membimbingku kepada Engkau, iaitu orang-orang yang memberi makan kepadaku dengan makanan Engkau, yang memberi minum dengan minuman Engkau, memberi celak mata kedekatanku dengan cahaya kedekatan Engkau dan memberi tahu kepadaku akan sesuatu yang sudah dilihatnya dengan nyata, bukan dengan sekadar taklid atau ikut-ikutan. "

" Ya Allah, tunjukkanlah aku kepada seorang hamba daripada hamba-hambaMu yang soleh untuk menyampaikan aku kepada keredhaanMu dan memperkenalkan aku jalan menuju keredhaan itu. "

Hina.

Assallamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai sahabat semua.

Perlunya untuk duduk pada masa-masa tertentu dalam keadaan bersendirian. Hitung kita punya salah, kita punya silap.

Bermula daripada pagi sampai malam. Daripada solat yang tidak khusyuk, daripada lintasan dalam hati yang tidak baik." "Kemudian terkadang melihat orang lain dengan pandangan yang hina, terkadang mengumpat. Hal-hal tidak baik yang kita buat, kita hitung dan kita kira. Berapa kita layak untuk mendapat hukuman daripada salah yang kita lakukan kepada Allah.

Kalau kita melihat banyaknya kekurangan kepada diri, maka kita tidak akan melihat kemuliaan diri kita sendiri daripada orang lain.
Tapi kalau kita tak nampak kekurangan pada diri, kita akan sentiasa nampak diri kita sempurna lebih daripada orang lain. Bahkan akan merendahkan kepada orang lain.

[ Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid ]

Mudah.


MM4


Wednesday 23 November 2016

PAS.

*PENCIPTAAN ALAM  SEMESTA*

Mungkin anda pernah membaca tentang teori "Big Bang"🌋apabila menghuraikan penciptaan langit 🌌 dan bumi 🌍 , Al Quran juga menyokong teori ini. Menurut kitab Al Quran, sebelum alam semesta 🌠 dicipta , langit 🌌 dan bumi 🌏 terpisah apabila berlaku 1⃣ letupan besar🌋 . Ketika letupan besar berlaku🌋 , Allah s.w.t. berkata🗣 kepada langit dan bumi , "Datanglah kepadaku sama ada kamu rela ataupun tidak". Sebaik sahaja mendengar arahan Allah s.w.t. , langit dan bumi berkata, "Kami datang kepada-Mu dengan rela dan patuh", begitulah terciptanya alam semesta🌠

Planet-planet dan bintang-bintang🌟juga dicipta bersama dan dijadikan dalam bentuk yang berbeza mengikut hukum Allah s.w.t. Allah s.w.t. menciptakan matahari🌞, bulan🌑 dan juga planet-planet yang lain. Setiap satunya mempunyai orbit tersendiri. Dialah menciptakan siang 🌕 dan malam🌑 , matahari🌞 dan bulan🌑yang sentiasa berputar pada paksinya. Al Quran juga menyokong teori yang menyatakan bahawa alam semesta sentiasa berkembang

RUJUKAN SURAH AL-ANBIYA' (21:30) , SURAH AL-HADID (57:4-6) , SURAH FUSSILAT (41:11)

Nabi Adam.

*PENCIPTAAN NABI ADAM A.S*

Nabi Adam a.s merupakan manusia👱🏻 pertama yang dicipta. Allah s.w.t. menciptakan Nabi  Adam daripada pelbagai jenis tanah yang terdapat di muka bumi ini🌍

Sewaktu penciptaan Nabi Adam a.s , Allah s.w.t. memerintahkan para malaikat mengumpulkan pelbagai jenis tanah. Tanah-tanah ini diambil di tempat yang berlainan. Tanah ini berwarna coklat , merah , putih dan hitam

Ada yang lembut dan mudah dibentuk. Ada yang keras dan berkerikil. Tanah ini diambil dari gunung🏔 dan lembah🏞, padang pasir yang tidak subur🏜 serta tanah rata yang subur. Sebab itulah setiap manusia🚶🏻 mempunyai sifat dan penampilan yang berbeza , asal usul yang berlainan serta bangsa yang tidak sama.

Allah s.w.t menciptakan Nabi Adam dengan begitu teliti. Namun begitu , itu tidak bermakna Nabi Adam a.s menyerupai Allah s.w.t , Allah s.w.t begitu unik ✨ dalam setiap aspek. Kita tidak mampu untuk membayangkan sifat Allah s.w.t. Kita juga sama seperti Nabi Adam a.s. Kita semua telah disemai dengan sifat baik seperti pemaaf , penyayang❤ dan juga sifat sifat yang lain

RUJUKAN SURAH AL-BAQARAH (2:30) , SURAH AL-HIJR (15:26)  , TAFSIR AR-RAZI BAHAGIAN 9 M/S 131

Balasan.

السلام عليكم ورحمة الله...
Renungan malam ini : *Balasan Orang Mukmin Di Dunia & Akhirat*

حَدَّثَنَا عَاصِمُ بْنُ النَّضْرِ التَّيْمِيُّ حَدَّثَنَا مُعْتَمِرٌ قَالَ سَمِعْتُ أَبِي حَدَّثَنَا قَتَادَةُ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّهُ حَدَّثَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْكَافِرَ إِذَا عَمِلَ حَسَنَةً أُطْعِمَ بِهَا طُعْمَةً مِنْ الدُّنْيَا وَأَمَّا الْمُؤْمِنُ فَإِنَّ اللَّهَ يَدَّخِرُ لَهُ حَسَنَاتِهِ فِي الْآخِرَةِ وَيُعْقِبُهُ رِزْقًا فِي الدُّنْيَا عَلَى طَاعَتِهِ
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الرُّزِّيُّ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ بْنُ عَطَاءٍ عَنْ سَعِيدٍ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَعْنَى حَدِيثِهِمَا.
Maksud hadith :-
Telah menceritakan kepada kami Ashim bin An Nadhr At Taimi telah menceritakan kepada kami Mu'tamir berkata: Aku mendengar ayahku telah menceritakan kepada kami Qatadah *daripada Anas bin Malik dia menceritakan daripada Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa Salam, bila orang kafir mengerjakan suatu kebaikan, dengan kebaikan itu dia diberi sesuap makanan daripada dunia, sedangkan orang mumin itu kebaikan-kebaikannya disimpan oleh Allah di akhirat dan dia diberi rezeki di dunia kerana ketaatannya.*
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdullah Ar Ruzzi telah mengkhabarkan kepada kami Abdul wahhab bin Atho daripada Sa'id daripada Qatadah daripada Anas daripada Nabi Sollallahu 'alaihi wa Salam dengan makna hadith mereka berdua. (Hadith riwayat Muslim : 5023)

As Salam.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

"Siapa yg dipimpin Allah, maka dia telah mendapat pimpinan yg benar. Dan siapa yg disesatkanNya, maka tiadalah akan engkau mendapatkan baginya kawan yg akan memberikan untuknya pimpinan ke jalan yg benar"

Al-Kahfi : 17

Wednesday 2 November 2016

Penyakit..

Renungan

Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umat terdahulu yaitu penyakit sombong, kufur nikmat dan lupa daratan dalam memperoleh kenikmatan. Mereka berlomba mengumpulkan harta dan bermegah-megahan dengan harta. Mereka terjerumus dalam jurang kesenangan dunia, saling bermusuhan dan saling iri, dengki, dan dendam sehingga mereka melakukan kezaliman (melampaui batas). (HR. Al Hakim)

Tuesday 1 November 2016

Logha..

"Seandainya kita membiasakan mendengar perkataan lagha dan melalaikan, kata umpatan, cacian dan makian, lagu2 yg liriknya hanyalah memuja kepada sesama makhluk, kalian akan kehilangan rasa kemanisan mendengar ayat2 Allah, kelazatan dalam beribadah, kemalasan dalam ketaatan, kelemahan dan kelesuan dalam menghadapi ujian... lazimkan mendengar ayat Al Quran di setiap masa, kalian akan rasa keajaiban yg tiada taranya.. cubalah!!.."
Subhanallah..

-Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani-