Sedikit perkongsian ilmu ..
Murobbi - Ustaz Dusuki Abd Rani
Tempat - Masjid Intim Ipoh
Tajuk - Peringatan Kubur
- Orang yang berjaya ialah apabila dia mati , kuburnya menjadi taman taman Syurga ..
- Orang yang banyak harta dan duit tapi bila dia mati , kubur dia menjadi lorong2 Neraka .. Maka kehidupan dia atas dunia dulu tidak bermakna ..
- Ada orang yang buruk perjalanan hidupnya tetapi pengakhiran banyak sungguh husnul khotimah .. Pengakhiran ini lah yang paling bermakna kepada kita .. Itu lah yang akan menentukan macam mana kehidupan kita diakhirat nanti ..
- Kenapa kita kena ada bekal .. Ulamak sebut , ramai diantara kita nanti apabila mengadap Allah Taala membawa hati yang penuh dengan kekecewaan . Dia mati dalam keadaan tidak bersedia .. Dia mati dalam terkejut ..
- Ramai orang terkejut apabila mendengar kematian seseorang .. Tetapi tahukah kalian , mayat itu lebih lagi terkejut .. Terkejut bahawa dia sudah meninggal dunia ..
- Bayangkan , bila kita masuk je dalam kubur .. Tengok2 kita tak ada bekal .. Semua amalan kosong .. Allahurobbi .. Orang begini ialah golongan yang hidup atas dunia dalam keadaan sesat .. Setiap kali dia buat amalan , dia merasakan amalan itu diterima Allah Taala .. Diri solat tapi x khusyuk , berpuasa tetapi x ikhlas , menunaikan haji tetapi x mendapat haji mabrur..
- Ada 3 kelompok manusia yang akan menghadap Allah Taala ..
1. Disebut dalam surah an Nisa - Orang yang dimatikan oleh Malaikat Maut dengan keadaannya membuat khianat pada diri sendiri.. Ini ialah mereka yang mati dalam keadaan berbuat maksiat , mati dalam keadaan tidak solat , mati ketika berjudi ..
2.Golongan kedua .. Allah Taala cerita dalam Quran , ketika mereka lupa peringatan Allah , lalu Allah Taala buka pintu maksiat yang dia lakukan .. Nauzubillah .. Kenapa Allah buka ?? .. Sebab Allah Taala nak beri istidraj pada dia.. Allah Taala akan buka sampai dia rasa seronok dengan maksiatnya .. Di saat dia tengah seronok , Allah Taala rentap rohnya .. Maka mati lah dia dalam keadaan hina. Mati dalam maksiat .. Bagaimanalah keadaannya ketika mengadap Allah Taala ..
3. Orang yang mulutnya sentiasa menyebut tuhan kami ialah Allah .. Maksudnya mereka ini sering kali bersyahadah , baca Quran , berzikir , berselawat ..
- Jangan sesekali kita mati dalam keadaan tidak tahu membaca Quran .. Sesiapa yang mati dalam keadaan tak tahu baca Quran sesungguhnya dia telah berbuat zalim pada dirinya sendiri ..
- Orang yang mati tak bayar zakat termasuk dalam golongan mati dalam keadaan buat khianat pada diri sendiri ..
- Malaikat akan tanya pada mayat didalam kubur .. Kenapa tak belajar untuk baca Quran .. Lalu Malaikat berkata .. Bumi yang Allah Taala buat pada kamu tu sempit sangat ke sampai susah sangat kamu nak mencari guru untuk belajar baca Quran .. Maka kesudahan kamu adalah Neraka Jahanam .. Tempat yang paling buruk Allah Taala sediakan ..
- Ada sekelompok manusia dikalangan kita terang terang lawan Allah .. Tak ada langsung rasa takut pada Allah .. Tak tutup aurat tapi tak rasa bersalah , tak solat tapi tak rasa berdosa ..
- IKIM membuat kajian , Malaysia berada di tangga ke 10 peminum arak tegar dalam dunia ..
- Tiada kekuatan yang paling utama untuk bantu kita di alam barzakh melainkan Al Quran .. Maka bacalah Quran .. Khatamlah Quran sebanyak banyak mungkin ..
- Kita ni dalam beragama ni akan sentiasa berasa nak berhenti , rasa letih .. Jangan mengalah .. Jangan putus asa dengan ujian2 Allah Taala ..
- Kata Ulamak .. Ada 5 ujian besar yang Allah Taala sebut dalam Quran .. Diantaranya .. ::
1. Ujian berasa takut .. Atasi lah ia dengan sentiasa bertakbir kepada Allah .. Apabila takut balik lah kepada Allah ..
2. Ujian dalam berasa lapar .. Lapar ni menyebabkan seseorang itu jadi tamak .. Kerana laparlah manusia lupa daratan . Tak peduli pada halal haram .. Contoh pada bulan Ramadhan , semua kita nak beli .. Sebab lapar nafsu makan bergelora ..
3. Ujian dalam kematian .. Apabila kita tengah sayang pada seseorang , Allah Taala ambil nyawa mereka ..
4. Ujian dalam sakit .. Ditimpa sakit dan musibah ..
- Nabi s.a.w sebut .. Apabila kamu mengaku je kamu mukmin maka ada 5 ujian yang akan berlaku pada kamu ..
1. Hasad dengki
2. Orang Munafiq yang sentiasa membenci kamu
3. Orang Kafir yang tidak akan pernah redho pada kamu
4. Syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan
5. Hawa nafsu yang sentiasa menarik narik diri kamu
- Orang munafik ada 3 sifat ::
1. Bercakap bohong
2. Mungkir janji
3. Diberi amanah , dia khianat
- Nabi s.a.w sebut .. Diantara tanda2 orang munafik ialah apabila dia tak boleh jaga solat Subuh dan Isyaq berjemaah..
- Orang kafir tidak akan redho dengan orang mukmin sehingga kita ikut cara hidup mereka ..
- Ulamak sebut bunuh ada 2 jenis ..
1. Bunuh nama baik .. Mereka akan cari jalan supaya reputasi seseorang menjadi buruk .. Supaya dia sentiasa dipandang serong oleh orang lain ..
2. Bunuh jasad mereka yang beriman ..
- Bila kita nak dekat meninggal dunia , diantara tanda nya ialah dibuka hijab mata kita .. Kita akan nampak Malaikat turun .. Masa kita akan menjadi panjang , sehingga kan setiap orang mengalami saat kesukaran .. Kesukaran dalam keluarnya roh dari jasad .. Malaikat yang turun mencabut nyawa lebih kurang 40 ribu .. Allahurobbi ..
- Syaitan akan datang ketika diambang sakaratul maut .. Dia akan menyamar sebagai ayah , sebagai ibu dan menghasut supaya jangan mengucap .. Allahurobbi ..
- Ketika nyawa sampai ke halkum .. Allah Taala bertanya ?? .. Siapa yang boleh pulangkan roh kamu ini ?? .. Lalu mayat pun sebut .. Engkau ya Allah , pulangkan lah aku kedunia ya Allah .. Aku bertaubat kepadaMu .. Lalu Allah Taala jawab maka tiada lagi peluang kedua untuk kamu apabila nyawa kamu sampai ke halkum .. Allahurobbi ..
- Jahatnya Syaitan ini sehinggakan dalam kubur pun dia ganggu .. Ketika Malaikat tanya pada mayat .. Siapa Tuhan kamu ?? .. Lalu Syaitan datang dia suruh mengaku dialah tuhan .. Nauzubillah ..
- Himpitan ialah pekara yang pertana berlaku ketika masuk kedalam kubur .. Semua orang akan mengalami himpitan kubur cuma kuat atau tidak sahaja .. Nabi s.a.w sebut ketika Saad Bin Muadz diturun ke kubur , baginda melihat Saad dihimpit kubur sehingga menjadi sehalus rambut .. Allahurobbi ..
- Sahabat lihat wajah Nabi berubah ketika baginda kebumikan jenazah anak perempuanya Zainab dan Ruqayah .. Sahabat tanya kenapa wajahmu berubah ya Rasulullah .. Nabi s.a.w bersabda , Aku melihat anak perempuanku, Zainab dan Ruqaiyah dihimpit kubur.. Sungguh aku merasa kasihan melihat mereka .. Allahurobbi ..
- Didalam kubur , Allah Taala akan buka kan hijab arah yang kita akan pergi kelak .. Bila dibuka kan hijab dapat melihat Syurga .. Allahurobbi . Sehingga kembang kempis hidung kita .. Kembang kepis sebab tak sangka kita dapat masuk Syurga .. Allahurobbi ..
- 3 pekara yang kita kena jaga betul2 ..
1. Jaga pegangan dalam hidup , jaga aqidah .. Jangan campur selain dari Islam .. Kalau campur , ketika meninggal dunia nanti , memang tak boleh nak mengucap syahadah ..
2. Jaga ibadah .. Jaga solat betul2 .. Jangan malas .. Kalau kita dah berusia 40 tahun keatas , tambahlah amalan2 sunat seperti bangun solat tahajud di waktu malam ..
3. Jaga akhlak .. Selalunya dihujung usia makin tak terjaga akhlak .. Contoh mulut .. Semakin tua semakin dia tak boleh jaga mulut .. Isteri x jaga hati suami , begitu juga sebaliknya .. Semakin tua semakin kasar pertuturan nya ..
- Ada 3 pilihan tahajjud .. Yang paling afdhal cara Nabi .. Tidur kemudian bangun kemudian tidur balik baru bangun solat .. yang kedua , kita tidur lalu bangun solat tahajjud terus tunggu sampai subuh .. yang ketiga . Solat tahajjud sebelum kita tidur malam .. Lepas isyaq boleh solat tahajjud dah ..
- Tahajjud ini akan menjadikan kubur kita bercahaya .. Selesai sahaja soalan Mungkar Nankir yang pertama .. Andaikata kita dapat jawab .. Terus kubur kita menjadi luas sehingga jauh mata memandang .. Kemudian hadir cahaya kehijau hijauan .. Lalu kita pun tanya pada Malaikat .. Cahaya apakah ini wahai Malaikat .. Malaikat sebut inilah cahaya hasil dari solat tahajjud kamu di malam hari ..
- Ada 3 surah yang perlu kita hafal sebelum kita mati ..
1. Surah al Mulk .. Barangsiapa hafal surah al Mulk maka tiada azab kubur buat dia .. Allahurobbi ..
2. Surah al Kahfi .. Barangsiapa hafal surah al Kahfi , ia akan menerangi jasad mereka terang menerang sehingga ke Arash Allah Taala ..
3. Surah al Bakarah .. Barangsiapa yang hafal surah al Bakarah dan melazimkan bacaan didalam rumahnya maka Syaitan tak kan berani masuk kedalam rumah .. Bayangkan didalam rumah pun Syaitan tak berani masuk inikan pulak hati kita yang telah menghafal surah al Bakarah .. Lagilah dia tak berani masuk ..
- Wallahualam -
Monday, 31 October 2016
Friday, 9 September 2016
Amalan awal Zulhijjah.
Assalamu'alaikum : Doa Arafah - Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari. 🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕
In sya Allah waktu Wuquf d Arafah akn bermula waktu Zuhur hingga Maghrib pd 9 Zulhijjah bersamaan 11/9/2016 Waktu M'sia 5.30 pm -11pm.

Saturday, 27 August 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)